Risalah Amman
Risalah Amman (Arab: رسالة عمان) adalah sebuah perisytiharan yang diterbitkan pada 9 November 2004 tahun Masihi(27 Ramadan 1425 tahun Hijriah) oleh Raja Abdullah II bin Al-Hussein dari Jordan yang menyerukan toleransi dan persatuan dalam umat Islam. Selanjutnya, sebuah fatwa dengan 3 pasal dikeluarkan oleh 200 Ulama dari lebih 50 negara yang mengangkat masalah: siapa seorang Muslim itu; pengasingan dalam Islam (takfir), dan; dasar-dasar yang berkaitan dengan pengeluaran fatwa.