Rina Khan
Rina Khan | |
|---|---|
رين خن | |
| Kelahiran | Sharifah Bibi Sarina binti Sidek Khan 30 Julai 1970 |
| Pendidikan | Diploma Koordinasi Pengarahan Filem (Diploma) |
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, model, penulis skrip, penulis lirik, pengarah dan ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 1987–kini |
Rina Khan (lahir Sharifah Bibi Sarina Sidek Khan; 30 Julai 1970) ialah seorang penyanyi, pelakon, pengacara, model, penulis skrip, penulis lirik, pengarah dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model catwalk, seterusnya menjadi penyanyi dan telah merakamkan dua album studio. Beliau juga aktif menulis skrip dan mengarah untuk beberapa telefilem dan drama Melayu.