Richard Thaler
Richard Thaler | |
|---|---|
Thaler, 2015 | |
| Kelahiran | 12 September 1945 East Orange, New Jersey, Amerika Syarikat |
| Pendidikan | Case Western Reserve University (BA) University of Rochester (MA, PhD) |
| Anugerah | Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (2017) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Ekonomi Tingkahlaku |
| Institusi | Graduate School of Management at the University of Rochester (1974–1978) Johnson School of Management at Cornell University (1978–1995) Booth School of Business at the University of Chicago (1995–present) |
| Tesis | The Value of Saving a Life: A Market Estimate (1974) |
| Penasihat kedoktoran | Sherwin Rosen |
| Pengaruh | Daniel Kahneman Herbert A. Simon |
| Dipengaruhi oleh | George Loewenstein Dan Ariely |
Richard H. Thaler (/ˈθeɪlər/; lahir 12 September 1945) merupakan ahli ekonomi Amerika Syarikat dan profesor Ekonomi dan Sains Tingkahlaku di Universiti Chicago.
Beliau terkenal sebagai ahli teori dalam ekonomi tingkahlaku dan kerjasama beliau dengan beberapa tokoh lain seperti Daniel Kahneman dalam bidang ini. Pada tahun 2017, Thaler telah dihadiahkan Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi untuk sumbangannya dalam ekonomi tingkahlaku. Apabila membincangkan pemilihan Thaler untuk menerima Hadiah Nobel tersebut, Akademi Sains Diraja Sweden menegaskan bahawa "sumbangannya telah membina jambatan antara analisis ekonomi dan psikologi dalam membuat keputusan individu. Penemuan empirikal dan pemahaman teoritisnya telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan bidang ekonomi tingkahlaku yang baru dan pesat berkembang."