Ribozim

Ribozim atau enzim asid ribonukleik (RNA) ialah molekul-molekul RNA yang dapat menjalankan pemangkinan bagi tindak-tindak balas biokimia seperti enzim protein lazim, pemisahan RNA. Tindak-tindak balas lazim ribozim termasuk pemisahan atau gabungan RNA serta pembentukan ikatan peptida. Dalam ribosom, ribozim bertindak sebagai sebahagian daripada subunit besar ribosom untuk menggabungkan asid-asid amino dalam penghasilan protein.