Riasia
| Riasia | |
|---|---|
Rekonstruksi Bumi untuk permukaannya sewaktu awal tempoh Riasia, sekitar 2.2 Ga. | |
| Kronologi | |
Templat:Rhyacian graphical timeline | |
| Etimologi | |
| Keformalan nama | Formal |
| Maklumat kegunaan | |
| Jasad cakerawala | Bumi |
| Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
| Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
| Takrifan | |
| Unit kronologi | Tempoh |
| Unit stratigrafi | Sistem |
| Keformalan jangka masa | Formal |
| Takrif sempadan bawah | Ditakrifkan secara kronometrik |
| Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSA | 1991 |
| Takrif sempadan atas | Ditakrifkan secara kronometrik |
| Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSA | 1991 |
Riasia (Bahasa Yunani Kuno: ῥύαξ, rhýax, yang bermaksud "aliran lava") ialah nama untuk tempoh geologi kedua dalam Era Paleoproterozoik dan berada pada julat masa 2300 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2050 jtd. Berbanding berdasarkan ukuran stratigrafi, tarikh tempoh tersebut ditakrifkan secara kronometrik.
Beberapa perejahan seperti Kompleks Igneus Bushveld dan lain-lain terbentuk dalam tempoh ini.
Pengglasieran global Huron (Makganyene) telah bermula pada permulaan tempoh Riasia dan berlangsung selama 100 juta tahun. Pengglasieran tersebut mengambil masa selama kira-kira 80% daripada tempoh ini.
Terdapat tempoh alternatif untuk julat masa bermula pada 2250 jtd sehingga ke 2060 jtd yang ditentukan berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometri, dan terdapat cadangan nama untuk tempoh tersebut sama ada Jatulia atau Eukaria berdasarkan tinjauan skala masa geologi tahun 2012 yang disunting oleh Gradstein et al., tetapi sehingga ke Mac 2020, perkara tersebut belum diterima pakai secara rasmi oleh IUGS. Istilah "Jatulia" bagaimanapun telah digunakan dalam bidang stratigrafi serantau bagi batuan Paleoproterozoik di Fennoskandia.
Tempoh ini merupakan suatu tempoh apabila eukariot dianggap terbentuk hasil simbiosis antara spesies di bawah filum asgardarchea (sejenis arkea)dan spesies alfaproteobakteria, serta terdapat pembiakan seksual di kalangan organisma eukariot sahaja. Disebabkan peranan organisma eukariot mula terbentuk maka cadangan nama alternatif Eukaria diperkenalkan.