Revolusi Pernambuco

Revolusi Pernambuco
Revolução Pernambucana

Bênção das bandeiras da Revolução de 1817,
lukisan Antônio Parreiras
Tarikh1817
Lokasi
Keputusan Kemenangan memihak kepada pihak Portugis
Pihak yang terlibat
Kerajaan Bersatu Portugal, Brazil dan Algarve Para pemberontak Pernambuco dan sekutu-sekutu di Paraíba/Ceará.
Komandan dan pemimpin
João VI dari Portugal Domingos José Martins,
Antônio Carlos de Andrada e Silva,
Frei Caneca

Revolusi Pernambuco (Portugis: Revolução Pernambucana) atau juga dijolokkan Revolusi Paderi (Portugis: Revolução dos Padres) merupakan suatu pemberontakan republikanis liberal yang mula tercetus pada 6 Mac 1817 di Pernambuco, Brazil. Kejadian ini terhasil sekian lama pembawaan fahaman dan pemikiran baharu Zaman Pencerahan yang mengukuhkan masyarakat Pernambuco yang bersentimen berlainan menjauhi Kerajaan Bersatu Portugal, Brazil dan Algarve yang dianggap terlalu mengekang dari berkuasa mutlak dan pemborosan perbelanjaan harta kerabat diraja Portugis.