Revolusi Julai
| Sebahagian daripada Pemulihan Bourbon | |
| Tarikh | 26–29 Julai 1830 |
|---|---|
| Lokasi | Perancis |
Juga dikenali sebagai | La Révolution de Juillet |
| Hadirin | Rakyat Perancis |
| Hasil | Pemakzulan Charles X Naiknya takhta Louis Philippe serta pembentukan Kerajaan Julai |
Revolusi Julai (Perancis: révolution de Juillet) berlaku pada hari 27, 28 dan 29 Julai 1830 (maka juga diberi jolokan Trois Glorieuses - "Tiga [Hari] Yang Gemilang") di mana pemerintahan Raja Charles X dari Wangsa Bourbon digulingkan dan digantikan oleh pupundanya Louis Philippe, Duc d'Orléans. Pemerintahan Louis sendiri tidak bertahan lama malah digulingkan 18 tahun kemudian pada tahun 1848.