Revisionisme sejarah (negasisme)

Revisionisme sejarah boleh merujuk:

  • perubahan yang sah: pemeriksaan semula yang bersifat ilmiah terhadap pengetahuan peristiwa sejarah yang wujud; atau
  • perubahan yang tidak sah: pemutarbalikan rekod sejarah supaya dapat membayangkan sesuatu peristiwa kelihatan lebih menyenang iatau kurang menyenangi; perbuatan sedemikian kekadang digelar negasisme.

Dalam percubaan untuk mengubah apa yang telah berlaku, revisionisme sejarah yang tidak sah menggunakan daya fikir menerusi teknik yang tidak sah untuk memajukan sesuatu pandangan sejarah bertafsir, biasanya terhadap jenayah perang atau jenayah terhadap manusia sejagat. Tekniknya termasuk:

  • mengemukakan dokumen palsu sebagai dokumen yang sah;
  • mereka alasan yang pintar tetapi tidak dapat dipercayai bagi mencurigai dokumen yang sah;
  • mengemukakan kesimpulan sebagai berpunca daripada buku dan sumber yang sebenarnya melaporkan sebaliknya;
  • memanipulasi statistik bagi menyokong sesuatu sudut pandangan; dan
  • sengaja salah menterjemahkan teks sumber berbahasa lain;

Contoh negasisme (revisionisme sejarah yang tidak sah) di dunia fana termasuk penafian Holokus serta sesetengah historiografi Soviet.

Pada masa ini, terdapat kelompok benci yang mengamalkan negasisme menerusi Internet. Dalam bidang sastera pula, kesan revisionisme sejarah biasanya diperihalkan dalam novel fiksyen sains seperti Nineteen Eighty-Four (1949) yang ditulis oleh George Orwell. Sesetengah negara telah menjenayahkan pengubahan negasisme terhadap sesetengah peristiwa sejarah.