Respons lari atau lawan
Respons lari atau lawan merupakan reaksi fisiologi yang berlaku sebagai tindak balas setelah dicerapnya peristiwa berbahaya, serangan, atau ancaman kepada nyawa. Ia mula-mula diperikan oleh Walter Bradford Cannon. Teorinya mengatakan bahawa haiwan bereaksi terhadap ancaman dengan memasang seluruh sistem saraf simpatetik untuk menyiapkan haiwan itu untuk melawan atau mencabut lari. Khususnya lagi, medula adrenal menghasilkan lata hormon yang menyebabkan rembesan katekolamina, khususnya.
Respons ini dikenali sebagai peringkat pertama dalam sindrom adaptasi am yang mengawal respons tekanan di kalangan vertebrat dan lain-lain organisma.