Republik Sosialis Soviet Abkhazia

Republik Sosialis Soviet Abkhazia
1921–1931
Bendera Lambang
Cogan kataПролетарии всех стран, соединяйтесь!
Proletarii vsekh stran, soyedinyaytes'!
"Murba di seluruh negara, bersatulah!"
Lagu kebangsaanИнтернационал
Internatsional
"Antarabangsa"
Republik Sosialis Soviet Abkhazia pada 1921
Ibu negaraSukhumi
Bahasa yang umum digunakanAbkhaz, Georgia, Rusia
KerajaanRepublik sosialis
Badan perundanganKongres Soviet
Sejarah 
• Didirikan
31 Mac 1921
• Dibubarkan
19 Februari 1931
Keluasan
19268,600 km2 (3,300 bt2)
Populasi
• 1926
201,016
Mata wangRuble
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Demokratik Georgia
RSSB Abkhaz

Republik Sosialis Soviet Abkhazia (RSS Abkhazia) merupakan republik berusia pendek yang terletak di bahagian Kesatuan Soviet kawasan Caucasus yang meliputi wilayah Abkhazia, dan telah wujud dari 31 Mac 1921 hingga 19 Februari 1931. Dibentuk selepas pencerobohan Tentera Merah di Georgia pada 1921, Abkhazia merupakan negara merdeka sehinggalah 16 Disember 1921, apabila republik ini menandatangani persetujuan yang menyatukannya dengan Republik Sosialis Soviet Georgia (RSS Georgia). RSS Abkhazia adalah hampir serupa dengan sebuah republik Soviet yang berautonomi, walaupun ia mengekalkan kemerdekaan pada nama dari Georgia dan diberikan beberapa ciri yang hanya republik kesatuan penuh punyai seperti unit tentera tersendiri. Melalui statusnya sebagai "republik persetujuan" bersama-sama dengan Georgia, Abkhazia menyertai Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia, yang menyatukan RSS Armenia, Azerbaijan dan Georgia ke dalam satu unit persekutuan. RSS Abkhazia dibubarkan pada tahun 1931 dan digantikan dengan Republik Sosialis Soviet Berautonomi Abkhaz di dalam RSS Georgia.

Semasa kewujudannya, RSS Abkhazia diketuai oleh Nestor Lakoba, yang berkhidmat secara rasmi sebagai Pengerusi Majlis Komisar Rakyat tetapi dikawal oleh pihak republik sedemikian rupa sehingga secara bergurau disebut sebagai "Lakobistan". Disebabkan hubungan rapat Lakoba dengan pemimpin Soviet Joseph Stalin, pengkolektifan ditangguhkan sehinggalah Abkhazia bergabung dengan Georgia. Abkhazia tetap mejadi pengeluar tembakau utama di era ini, berkembang lebih separuh daripada bekalan USSR. Ia juga mengeluarkan hasil pertanian lain seperti teh, wain dan buah-buahan sitrus, menjadikan Abkhazia salah satu wilayah terkaya di Kesatuan Soviet. Iklim subtropika menjadikannya destinasi pelancongan terkenal, di mana Stalin dan para pemimpin Soviet lain memiliki dacha (rumah percutian) di kawasan itu dan meluangkan beberapa waktu di situ.