Republik Krajina Serbia

Republik Krajina serbia
Република Српска Крајина
Republika Srpska Krajina
1991–1995
Bendera Jata
Cogan kataSamo Sloga Srbina Spasava
Само Слога Србина Спасава
"Hanya Perpaduan Menyelamatkan Serbia"
Lagu kebangsaanBože Pravde
Боже Правде
"Tuhan Keadilan"
Republik Krajina Serbia pada tahun 1991
StatusNegara tidak diakui
Ibu negaraKnin
Bahasa yang umum digunakanSerbia
Agama
Ortodoks Serbia
KerajaanRepublik
Presiden 
• 1991–1992
Milan Babić (pertama)
• 1994–1995
Milan Martić (akhir)
Perdana Menteri 
• 1991–1992
Dušan Vještica (pertama)
• 1995
Milan Babić (akhir)
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Era SejarahPerang Yugoslavia
• Revolusi Log
17 Ogos 1990
• Perlembagaan diterima pakai
19 Disember 1991
• Operasi Flash
3 Mei 1995
• Operasi Storm
8 Ogos 1995
• Persetujuan Erdut
12 November 1995
Keluasan
199117,028 km2 (6,575 bt2)
Populasi
• 1991
286716
• 1993
435595
• 1994
430000
Mata wangDinar Krajina
Didahului oleh
Diganti oleh
Oblast Autonomi Serbia Krajina
Oblast Autonomi Serbia Slavonia Barat
Oblast Autonomi Serbia Slavonia Barat, Baranja dan Syrmia Barat
Croatia
Slavonia Timur, Baranja dan Syrmia Barat (1995–98)
Sekarang sebahagian dari Croatia
Sumber luas:
Sumber penduduk:
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "country"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "largest city"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"

Republik Krajina Serbia (RSK; [Република Српска Крајина (РСК) / Republika Srpska Krajina] Error: {{Lang-xx}}: text has italic markup (help), disebut [rɛpǔblika sr̩̂pskaː krâjina]; kadang kala dialih bahasa sebagai Republik Serb Krajina), biasanya dikenali dengan Krajina Serbia atau ringkasnya Krajina, adalah sebuah wilayah Serb yang diistiharkan sendiri dalam negara Republik Croatia semasa Perang Kemerdekaan Croatia. Ia telah diasaskan pada tahun 1991, dan tidak diiktiraf oleh pihak antarabangsa. Secara rasminya, kewujudannya bermula pada tahun 1991 sehingga 1995, yang mana telah dimulakan setahun sebelumnya melalui wilayah pemisah yang lebih kecil. Nama Krajina ("Perbatasan") diambil dari tanah sempadan yang bersejarah, Perbatasan Ketenteraan, di Empayar Austria-Hungary, yang mana wujud sehingga kurun ke-19. Kerajaan pemisahnya terlibat dalam sebuah perang untuk kemerdekaan etnik Serb daripada Republik Croatia, yang mana kemudian keluar daripada Yugoslavia, setelah sempadan Croatia diiktiraf oleh negara-negara antarabangsa pada bulan Ogos 1991 dan Februari 1992.

Milan Babić, bekas Presiden Krajina Serbia, telah memberi keterangan di Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY) bahawa Krajina telah dibekalkan senjata oleh kerajaan Slobodan Milošević dari Serbia, dan bahawa Krajina secara ekonomi dan kewangan bergantung kepada Serbia. Babic juga memberi keterangan bahawa Milošević memiliki kuasa de facto ke atas kedua-dua Tentera Darat Krajina Serbia dan Tentera Darat Rakyat Yugoslavia (JNA) sahemasa pemerintahan beliau di Krajina melalui rantaian perintah alternatif iaitu melalui Polis Serbia.

Kerajaan Krajina memiliki kuasa de facto ke atas bahagian tengah wilayah sementara kawasan pinggir berubah berdasarkan kejayaan dan kegagalan aktiviti-aktiviti ketenteraannya. Wilayah ini secara rasminya dilindungi oleh Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPROFOR).

Wilayah utamanya kemudian berjaya dikuasai oleh tentera Croatia pada tahun 1995 dan akibatnya Republik Krajina Serbia dibubarkan; sebuah jalur kawasan yang masih kekal di timur Slavonia diletakkan di bawah pentadbiran UNTAES sehingga penyatuannya secara aman ke dalam Croatia pada tahun 1998.