Renjatan hipovolemia

Renjatan hipovolemia
Nama lain
Renjatan kekurangan cecair
Video yang menghuraikan renjatan
PengkhususanPerubatan kecemasan
GejalaAwal: Rasa lemah, tekanan nadi lemah, kadar degupan jantung tinggi
Teruk: tekanan darah rendah, kekeliruan, agitasi
KerumitanKetakimbangan elektrolit, kegagalan organ berbilang sistem
PuncaKehilangan cecair, kehilangan darah
Berdasarkan gejala dan sejarah peristiwa
RawatanBergantung kepada jenis cecair yang hilang
KekerapanBiasa berlaku
sunting

Renjatan hipovolemia ialah sejenis renjatan peredaran darah akibat kekurangan darah atau cecair di dalam saluran darah. Keadaan ini adalah sehingga ke satu tahap yang aliran darah tidak dibekal secara mencukupi ke tisu badan. Pada mulanya, gejala-gejala yang umum termasuklah rasa kelemahan badan, tekanan nadi lemah dan degupan jantung yang cepat boleh berlaku. Apabila keadaan bertambah teruk, tekanan darah rendah, rasa kekeliruan atau rasa agitasi mungkin berlaku. Antara beberapa komplikasi yang mungkin berlaku termasuklah keabnormalan elektrolit, kegagalan buah pinggang dan kegagalan organ berbilang sistem.

Renjatan hipovolemia boleh berlaku akibat kehilangan cecair atau kehilangan darah, dan keadaan kehilangan darah dikenali sebagai kejutan berdarah. Kehilangan cecair boleh berlaku disebabkan oleh muntah, cirit-birit, pengeluaran air kencing yang berlebihan, cuaca panas atau pankreatitis. Kehilangan darah boleh berlaku akibat trauma, pendarahan gastrousus atau kehamilan luar rahim. Diagnosis selalunya berdasarkan simptom dan sejarah peristiwa.

Rawatan untuk renjatan hipovolemia bergantung kepada jenis cecair yang hilang. Bagi mereka yang kehilangan darah, penghentian pendarahan, produk darah, asid traneksamik dan pembedahan biasanya disyorkan. Bagi mereka yang telah kehilangan cecair selain darah, cecair intravena dalam bentuk larutan kristaloid biasanya digunakan. Punca yang tersembunyi kepada berlakunya renjatan hipovolemia juga harus ditangani. Seberapa kerap renjatan hipovolemia berlaku tidak begitu jelas. Rejatan ini merupakan sejenis rejatan yang paling kerap berlaku selepas kecederaan dan pada kanak-kanak.