Remington Arms


Remington Arms Company, LLC
Jenis/bentuk sahRanting syarikat (SLB)
IndustriIndustri senjata api
Ditubuhkan1816 (1816)
PengasasEliphalet Remington
Dibubarkan2020 (2020)
NasibSemua saham dan hartanah terpaksa dijual
PenggantiRemArms LLC. (Anak Syarikat Roundhill Group)
Ibu pejabatMadison, North Carolina, Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingAnthony Acitelli, Ketua Pegawai Eksekutif
KeluaranSenjata api, peluru, dan alat kelengkapan senjata
HasilAS$950 million (2004)
Syarikat indukRemington Outdoor Company
Anak syarikatMarlin Firearms, Remington Rand 
Tapak webwww.remington.com (ammunition)
www.remarms.com (firearms)
sunting ยท sunting di Wikidata

Syarikat Senjata Api Remington, SLB ialah pengilang senjata api, peluru dan alat kelengkapan senjata dari American Syarikat. Sebelumnya ranting syarikat ini ialah hujung tombak kewangan Remington Outdoor Company tetapi sekarang telah pecah kongsi menjadi dua anak syarikat bagi syarikat yang lebih besar, kedua-duanya menjenamakan diri mereka sebagai pewaris Remington. Pengilangan senjata api dibina oleh RemArms yang dimiliki oleh Roundhill Group, dan pengilangan peluru diawasi oleh Remington Ammunition kepunyaan Vista Outdoor Inc.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1816 oleh Eliphalet Remington di pekan Ilion, New York. Ia salah satu pereka senjata api paling tua di AS dan tetap mengklaim diri sebagai kilang senjata api paling tua yang masih menjaga produk original. Merujuk kepada perangkaan tahun 2015 oleh ATF, Syarikat ini ialah pengilang senapang paling besar di serantau Amerika Utara. Syarikat ini sudah membangunkan atau mengguna pakai kartrij atau jenis peluru jauh lebih banyak berbanding syarikat pengilang senjata api lain, salah satu bukti yang menyokong klaim mereka sebagai syarikat senjata api moden tertua.