Rejab F.I.
Rejab bin Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I. ialah seorang penulis dan penyair Malaysia yang berasal dari Perlis. Beliau dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September 1941. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru dan pernah dianugerahkan pelbagai hadiah sastera, tokoh budaya dan juga tokoh guru, antaranya Hadiah Sastera Nasional 1971 (puisi), Hadiah Sastera Esso-Gapena 1985 (Cerpen), Tokoh Budaya Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Tokoh Bahasa dan Sastera Perlis 2013.
Beliau adalah penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) bagi tahun 2016. Beliau meninggal dunia pada sekitar pukul 3.40 pagi, 30 September 2025 di rumah kediamannya di Tanjung Gorah, Repoh selepas terjatuh ketika hendak ke bilik air. Beliau disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh sebelum akhirnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Kampung Repoh.
LATAR BELAKANG KEHIDUPAN
1. Kelahiran: Dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis,pada 12 September 1941.
2. Latar kehidupan: Anak seorang petani. Ayah dan ibu bekerja pesawah padi. Anak bongsu daripada 4 beradik seibu sebapa. Kematian ibu ketika berusia 8 tahun (1949).
3. Latar keluarga (sendiri): Berkahwin 1964. Isteri seorang guru Fatimah bt. Taha (1944), berasal Kampong Titi Tok Bandar, Seriab, Perlis. Memperolehi 3 orang anak: Ronifira (lelaki – 1965), Rustam Affendi (1974), Rizal Irwandi (1975).
4. Kini menetap di Kampung Tanjong Gorah, Repoh, 01000 Kangar, Perlis, Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). Telefon dan Faks: 04-9768855, Bimbit: 019-4544855. E-mail: rejabismail832@yahoo.com.
PENDIDIKAN
1. Belajar di Sekolah Melayu Santan sehingga Darjah V (1950), Sekolah Melayu Paya Darjah VI (1954), Sekolah Melayu Kangar (Lelaki) Darjah VII (1955).
2. Belajar sendiri: Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1961, Sijil Pelajaran Persekutuan (SPP = SPM) 1962, Sijil Tinggi Pelajaran (STP = STPM) 1975.
3. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) - Mahasiswa Luar Kampus - Lulus Sarjana Muda Kesusasteraan Dengan Kepujian (B.A. Hons.) 1980.
PEKERJAAN
1. Lepas sekolah Melayu, sementara mendapat kerja, menjual buah ciku di pasar-pasar pagi (nat).
2. Berniaga telur ayam di kampung-kampung - lahir novel: 'Di Mana Ada Kemahuan'.
3. Dilantik sebagai Guru Pelatih pada tahun 1956.
4. Dilantik sebagai Guru Besar sekolah rendah pada tahun 1970 -1979.
5. Mengajar di sekolah menengah dan sebagai Guru Penolong kanan pada tahun 1982 hingga 1991.
6. Bersara pilihan sendiri sebagai pendidik 1991 (ketika berusia 50 tahun).
7. Menjadi penulis sepenuh masa dan kegiatan masyarakat hingga sekarang.
KEGIATAN PENULISAN
1. Mula menulis pada tahun 1960 (sehingga kini selama 45 tahun).
2. Menulis semua genre sastera: Novel (dewasa, remaja, kanak-kanak); cerpen, puisi, drama (radio, pentas, televisyen), cerita rakyat, esei/makalah/rencana.
3. Hasil-hasil penulisan:
3.1. Jumlah buku yang telah diterbitkan: 135 judul.
3.2. Novel (dewasa, remaja dan kanak-kanak) berjumlah 106 judul. Novel 'Noktah Sebuah Perhentian' pernah dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 5. Novel 'Dosa Telah Berampun' (novel remaja) dan 'Pertaruhan Wang Emas' (cerita rakyat/klasik) dijadikan teks sastera tambahan Tingkatan 3.
3.3. 21 judul antologi cerpen.
3.4. 4 judul antologi puisi.
3.5. 1 judul antologi drama.
3.6. 3 judul buku Kesenian dan Kebudayaan.
3.7. Karya eceran yang telah diterbitkan dalam akhbar majalah, radio dan televisyen tempatan:
3.7.1. 202 judul cerpen
3.7.2. 438 judul puisi
3.7.3. 328 judul rencana umum/esei
3.7.4. 20 judul drama radio
3.7.5. 15 judul drama televisyen
3.7.6. 4 judul drama pentas.
Drama televisyen 'Titian Rapuh' (RTM) di antara 10 drama terbaik 1982, 'Gelora Impian' (TV3) di antara 10 drama terbaik 1994.
3.8. Terjemahan: Puisi dan cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Rusia dan China. Cerita kanak-kanak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan China.
3.9. Cerpen dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Cerpen 'Sebuah Kampung di Daerah Pendalaman' (1970), 'Suatu Subuh Yang Bening' (1980) dan 'Memori Kehidupan' (1989).
3.10. Puisi dipilih sebagai teks sastera Sijil Pelajaran Malaysia: 'Antara Dua Jurang' (1971), 'Peladang' (1971) dan 'Lagu Anak Di Permatang' (1971).
3.11 Tiga judul puisi dipilih memenangi pertandingan lagu puisi1998, 1999, 2000
3.12 Sebuah di antara novel remajanya telah terpilih untuk KOMSAS iaitu novel ‘SEJAMBAK BAKTI”, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1998. Mulai tahun 2019.
4. Ceramah: Sering memberi ceramah penulisan cerpen, puisi, cerita rakyat, drama radio dan televisyen kepada penulis-penulis baru (melalui persatuan-persatuan penulis Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak).
5. Hakim: Sering dijemput menjadi hakim sayembara deklamasi Puisi Hari Kebangsaan, dan sekolah-sekolah. Hakim pertandingan pidato, perbahasan dan kuiz.
6. Deklamasi puisi: Sering dijemput mendeklamasi puisi di sekolah-sekolah, maktab dan universiti.
7. Dilantik sebagai editor penerbitan Rhythm Publishing Sdn. Bhd, Pulau Pinang 1996 hingga 2001.
8. Dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka 2005. Menghasilkan memoir “Seribu Riak Di Pantai Usia”.