Referendum kemerdekaan Sudan Selatan 2011

Sebuah pungutan suara berlangsung di Sudan Selatan dari 9 hingga 15 Januari, untuk menentukan samada wilayah tersebut patut dimerdekakan daripada Sudan atau tidak. Pungutan suara ini merupakan salah satu kesan daripada Pejanjian Navaisha antara kerajaan pusat Khartoum dengan Tentera/Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA/M).

Sebuah pungutan suara serentak sepatutnya dijalankan di Abyei bagi menentukan samada ia ingin menjadi sebahagian Sudan Selatan, namun ditunda akibat konflik berkenaan sempadan dan hak kependudukan.

Pada 7 Februari 2011, suruhanjaya pungutan suara menerbitkan keputusan muktamad yang mana 98.83% undian menyokong kemerdekaan. Biarpun kertas undian terpaksa digantung di 10 daripada 79 kaunti kerana melampaui kehadiran pengundi 100%, namun bilangan undian tetap mengatasi keperluan kehadiran 60%, maka undian majoriti untuk pemisahan tidak boleh disangkal lagi.

Sudan Selatan dijadualkan menjadi negara merdeka secara rasmi pada 9 Julai 2011.