Redza Minhat
Redza Minhat | |
|---|---|
Redza sebagai Akil dalam filem KIL. | |
| Kelahiran | Shahredza bin Minhat 1 Oktober 1980 |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan |
| Pusat pendidikan | Universiti Multimedia (MMU) |
| Pekerjaan | Penulis skrip, pelakon, model, penganalisa pelaburan |
| Tahun aktif | 2003–kini |
| Terkenal kerana | |
Shahredza Minhat (lahir 1 Oktober 1980) merupakan seorang penulis skrip, pelakon, model dan penganalisa pelaburan lelaki Malaysia. Beliau pernah tercalon untuk beberapa kali dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Kemunculan dalam filem pertamanya, Pisau Cukur telah berjaya menyebabkan beliau dikenali ramai.
Walaupun bekerja sebagai seorang penganalisa pelaburan di sebuah institusi kewangan tempatan, namun beliau tetap berlakon apabila mempunyai waktu terluang. Selain itu, beliau juga bekerja sebagai penulis tetap dan pengarah kewangan di Playground Productions.