Red Cliff

Red Cliff
Dari depan: Tony Leung, Chang Chen, Hou Yong
PengarahJohn Woo
PenulisJohn Woo
Chen Han
Sheng Heyu
Berdasarkan Chronicles of the Three Kingdoms (Hikayat Tiga Negara)
Dihasilkan olehTerence Chang
Han Sanping
Lion Rock Entertainment
China Film Group
DibintangiTony Leung Chiu-Wai
Takeshi Kaneshiro
Zhang Fengyi
Chang Chen
Zhao Wei
Hu Jun
Nakamura Shidō
Lin Chi-ling
SinematografiLü Yue
Zhang Li
Muzik olehTaro Iwashiro
Diedarkan oleh Mei Ah Entertainment
MediaCorp Raintree Pictures
Avex Entertainment
Showbox
Summit Entertainment
(International sales)
Tarikh tayangan
Bahagian 1: 10 Julai 2008 China, Hong Kong, Taiwan, Korea
Bahagian 2: Januari 2009 Asia
Negara China
BahasaBahasa Cina Mandarin
BajetUS$80 juta

Red Cliff (Bahasa Cina: 赤壁; pinyin: Chìbì) (Tebing Merah), juga dikenali sebagai The Battle of Red Cliff (Perang Tebing Merah), ialah sebuah filem epik China berdasarkan Perang Tebing Merah dan peristiwa yang berlaku semasa zaman Three Kingdoms (Tiga Negara) di negara Cina purbakala. Filem ini dijangka akan ditayangkan dalam dua versi: di rantau Asia, Red Cliff akan ditayangkan dalam dua bahagian yang memakan masa 4 jam, dengan bahagian pertama ditayangkan pada Julai 2008 dan yang keduanya pada Januari 2009. Di luar Asia, filem tersebut akan ditayangkan dalam versi 2½ jam pada Januari 2009.

Filem ini diarah oleh pengarah filem terkemuka, John Woo dan dibintangi Tony Leung Chiu-Wai, Takeshi Kaneshiro, Zhang Fengyi, Chang Chen, Hu Jun, Lin Chi-ling danZhao Wei. Dengan bajet jangkaan sebanyak US$80 juta, The Battle of Red Cliff merupakan filem yang paling mahal yang dikeluarkan oleh Asia sehingga kini.

Filem ini ialah salah satu daripada dua filem berkaitan Tiga Negara untuk tahun 2008. Filem yang satu lagi ialah Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon arahan Daniel Lee yang sudahpun ditayangkan.