Ratu Ungu
| Ratu Ungu | |
|---|---|
| Ratu Kerajaan Melayu Patani | |
| Raja Agong Patani ke-8 | |
| Pemerintahan | 1624 – 1635 |
| Didahului oleh | Raja Biru |
| Diikuti oleh | Raja Kuning Raja Muda |
| Pemangku raja | Raja Kuning |
| Bendahara | Bendahara Ayah Datok Ternam |
| Permaisuri Sultan Pahang ڤرماءيسوري كسلطانن ڤهڠ | |
| Pertabalan | 1585–1614 |
| Pasangan | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah Pahang |
| Ratu Kerajaan Konfederasi Patani Patani, Pahang, Trang, Gherabi, Kelantan, Terengganu, Singgora, Merdelang, Johor | |
| Pemasyhuran | tahun 1629 - 1635 (6 tahun) |
| Bendahara | Bendahara datuk Cerak Kin (Datok Besar) |
| Kemangkatan | 1635 Keresik |
| Pasangan | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah ibni Tuanku Zaina Abidin Syah I |
| Anakanda | Puteri Raja Kuning binti Almarhum Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah |
| Wangsa | Sri Wangsa |
| Ayahanda | Sultan Mansur Shah dari Patani |
| Agama | Islam |
Ratu Ungu atau Raja Ungu (Jawi: راتو اوڠو; Thai: รายาอูงู) merupakan ratu yang memerintah Kesultanan Patani dari tahun 1624 hingga 1635, menggantikan kakaknya Ratu Biru.
Baginda dululah pengganti ketiga dan anak perempuan terakhir Sultan Mansur Shah Patani untuk memerintah negara dan telah digantikan oleh anak perempuannya Ratu Kuning.
Berikutnya perampasan takhta Ayudhya oleh Raja Prasartthong pada 1629, dia menolak mengirim bunga mas yang lazimnya dikirimkan sebagai suatu tanda kedudukan bayaran ufti Patani kepada Siam.
Oleh itu, Ayudhya mengirimkan satu bala tentera ke arah selatan pada 1632 untuk menghapuskan pemberontakannya, tetapi serangan itu telah ditangkis.
Suatu serangan berikut oleh Siam pada 1634 sepatutnya diikuti oleh Belanda tetapi kapal-kapal Belanda tiba terlalu lambat dan sekali lagi serangan gagal.
Akhirnya pada 1636, hanya selepas kematian Ratu Ungu, suatu penyelesaian akhirnya tercapai untuk mengembalikan hubungan di antara kedua-dua negara.