Rangkaian kawasan luas

Rangkaian Kawasan Luas (bahasa Inggeris: wide area network, WAN) merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Terdapat beberapa pilihan untuk sambungan WAN:

  1. Talian pajak
  2. Pensuisan litar
  3. Pensuisan paket
  4. Geganti sel