Rancangan Manstein

Rancangan Manstein/Fall Gelb (Kes Kuning)
Sebahagian dari Perang Dunia Kedua
Skop operasi Strategik
Lokasi Barat daya Belanda, tengah Belgium, utara Perancis
50°51′00″N 04°21′00″E / 50.85000°N 4.35000°E / 50.85000; 4.35000
Pelan 1940
Dirancang oleh Erich von Manstein
Objektif Mengalahkan Belanda, Belgium dan Perancis
Tarikh 10 Mei 1940 (1940-05-10)
Pelaksanaan oleh Kumpulan Tentera Darat A
Hasil Kemenangan

Rancangan Manstein adalah satu nama yang digunakan untuk rancangan peperangan Tentera Darat Jerman semasa Pertempuran Perancis pada tahun 1940. Pelan pencerobohan asal adalah satu kompromi yang dibuat oleh Franz Halder dan tidak memuaskan sesiapapun. Sesetengah dokumen yang mengandungi butiran pelan itu telah jatuh ke tangan pihak Belgium sewaktu peristiwa Mechelen pada 10 Januari 1940 dan pelan itu telah diubah beberapa kali. Versi pelan ini lebih menekankan serangan dari Kumpulan Tentera Darat A melalui hutan Ardennes, yang secara progresif mengurangkan penyerangan dari Kumpulan Tentera Darat B melalui Negeri-Negeri Pamah untuk pemesongan.

Secara kebetulan, pada versi akhir rancangan itu, gerakan utama pencerobohan Jerman dibuat terhadap hutan Ardennes, bahagian paling lemah dalam garisan Sekutu, dimana pertahanan telah diberikan kepada divisyen kelas kedua, manakala Tentera Darat Ke-7, bahagian simpanan strategik Perancis yang paling kuat, telah diletakkan bersama dengan Tentera Darat Belanda yang jauh ke utara, dalam varian Breda Pelan D, iaitu rancangan aturgerak Bersekutu.