Rancangan Malaysia Kesembilan

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.

Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak.

RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:

  1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
  2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
  3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif
  4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
  5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan