Ramzan Kadyrov
Ramzan Akhmatovich Kadyrov (lahir 5 Oktober 1976) ialah seorang ahli politik Rusia dan Ketua semasa Republik Chechen. Beliau dahulunya menyertai gerakan kemerdekaan Chechnya membersamai ayahnya yang merupakan mufti Chechnya. Beliau ialah seorang kolonel jeneral dalam ketenteraan Rusia.
Pada Februari 2007, Ramzan Kadyrov menjawat sebagai Presiden Chechen menggantikan Alu Alkhanov. Ramzan pernah terlibat dalam konflik dengan komander Chechnya lain Sulim Yamadayev, Said-Magomed Kakiyev dan kemudian berkonflik dengan Alkhanov untuk menentukan siapa yang berhak menduduki kuasa politik.
Keluarga Kadyrov ialah keluarga yang dikenal dekat dengan pentadbiran Persekutuan Rusia.