Rampasan kuasa Thailand 2006

Rampasan kuasa Thailand 2006
Sebahagian daripada kemelut politik Thailand 2005-2006
Tarikh19 September 2006 (2006-09-19)
Lokasi
Keputusan

Penawanan tentera dan polis Thailand

Pihak yang terlibat
 Thailand Armed Forces
Polis Diraja Thailand
Kabinet Thaksin
Komandan dan pemimpin
Sonthi Boonyaratglin Thaksin Shinawatra
Kerugian dan korban
Tiada Tiada

Rampasan kuasa di Thailand 2006 terjadi pada 19 September 2006, apabila Tentera Diraja Thailand membuat satu rampasan kuasa terhadap kerajaan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Kejadian itu yang merupakan rampasan kuasa buat pertama kali di Thailand dalam lima belas tahun, diikuti dengan krisis politik yang melibatkan Thaksin serta musuh politiknya, dan berlaku kurang daripada sebulan sebelum pilihan raya dijadualkan pada 15 Oktober. [1] Pihak tentera membatalkan pilihan raya yang akan berlangsung, menggantung perlembagaan, membubarkan Parlimen, menghalang bantahan politik, mengisytiharkan undang-undang tentera, dan menahan ahli-ahli kabinet. Rampasan kuasa berkenaan adalah merupakan rampasan yang tidak menumpahkan darah dan tiada jumlah korban dilaporkan.