Rampasan kuasa Zimbabwe 2017
| Rampasan kuasa Zimbabwe 2017 | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
Lokasi Harare di Zimbabwe | |||||||
| |||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||
|
Tentera rampasan kuasa
| Kerajaan Zimbabwe | ||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||
|
Presiden Zimbabwe Wanita Pertama Zimbabwe, dan pemimpian puak G40 faction leader Timbalan Presiden ke-2 | ||||||
Pada petang 14 November 2017, Tentera Darat Zimbabwe berkumpul di sekitar Harare, ibu negara Zimbabwe, dan menguasai stesen televisyen kebangsaan Zimbabwe serta kawasan lain di bandar ini. Keesokan harinya, mereka mengeluarkan kenyataan bahawa ia bukanlah rampasan kuasa dan Presiden Robert Mugabe berada dalam keadaan selamat, walaupun keadaan itu akan kembali normal selepas mereka menangani "penjenayah" di sekitar Mugabe yang bertanggungjawab atas masalah sosio-ekonomi Zimbabwe. Jacob Zuma, Presiden Afrika Selatan telah menghubungi Mugabe dan mengesahkan bahawa Mugabe "baik-baik sahaja", namun berada dalam tahanan rumah.
Rampasan kuasa berlaku di tengah-tengah ketegangan dalam parti pemerintah, ZANU-PF antara bekas Naib Presiden Emmerson Mnangagwa yang disokong oleh tentera, dan Wanita Pertama Zimbabwe, Grace Mugabe, disokong oleh golongan muda G40, mengenai siapa yang akan menggantikan Presiden Mugabe. Seminggu selepas Mnangagwa dipecat dan dipaksa meninggalkan negara, dan sehari sebelum tentera bergerak ke Harare, ketua tentera Constantino Chiwenga mengeluarkan kenyataan bahawa pembersihan dalaman pegawai kanan ZANU-PF seperti Mnangagwa perlu dihentikan.