Rampasan kuasa Sudan 2021

Rampasan kuasa Sudan 2021
Sebahagian daripada Peralihan Sudan kepada demokrasi 2019–2024
Tarikh25 Oktober 2021
Lokasi15°36′32″N 32°31′43″E / 15.60889°N 32.52861°E / 15.60889; 32.52861
Keputusan

Rampasan berjaya: Kemenangan Angkatan Tentera Sudan

  • Jeneral Abdel Fattah al-Burhan merampas kuasa.
  • Perdana Menteri Abdalla Hamdok diletakkan dibawah tahanan rumah.
  • Ibrahim al-Sheikh, gabenor Khartoum, Ayman Khalid dan Menteri Penerangan Hamza Baloul, ahli pemerintah Majlis Kedaulatan, Mohamed al -Faki, dan Faisal Saleh, penasihat media kepada Perdana Menteri ditahan. Majoriti ahli pemerintah kemudiannya mengesahkan telah ditangkap.
  • Abdel Fattah al-Burhan mengisytiharkan darurat dan mengumumkan pembubaran kerajaan dan Majlis Kedaulatan dan bahawa pemerintahan teknokratik baharu akan memimpin negara sehingga pilihan raya akan datang pasa Julai 2023.
Pihak yang terlibat
Majlis Kedaulatan Sudan 
Penunjuk perasaan awam

Angkatan Tentera Sudan 

  • Pasukan Sokongan Pantas
Komandan dan pemimpin
Abdalla Hamdok  #
Ibrahim al-Sheikh  #
Ayman Khalid  #
Hamza Baloul  #
Mohamed al-Faki  #
Faisal Saleh  #
Abdel Fattah al-Burhan
Kerugian dan korban
10 orang awam terbunuh, 140 cedera
Khartoum
Lokasi dalam Sudan

Rampasan kuasa Sudan 2021 ialah sebuah rampasan kuasa oleh tentera Sudan pada 25 Oktober yang menguasai pemerintah. Sekurang-kurangnya lima orang pegawai kanan pemerintahan telah ditahan. Perdana Menteri Abdalla Hamdok telah dipindahkan oleh pasukan rampasan kuasa ke lokasi yang tidak diketahui selepas beliau enggan mengisytiharkan sokongan kepada gerakan rampasan kuasa. Hamdok menyeru penentangan dari rakyat terhadap gerakan berkenaan. Gangguan internet yang meluas turut dilaporkan. Pada 25 Oktober, Majlis Kedaulatan yang memerintah Sudan sejak 2019 telah dibubarkan dan darurat telah diisytiharkan. Pada hari yang sama, majoriti Kabinet Hamdok dan sejumlah besar penyokong pro-pemerintah telah ditahan. Kumpulan awam utama termasuk Persatuan Profesional Sudan dan Angkatan Kebebasan dan Perubahan menyeru kepada keingkaran awam dan enggan bekerjasama dengan penganjur rampasan kuasa. Tunjuk perasaan besar-besaran berlaku pada 25 Oktober menentang rampasan kuasa, dengan tindak balas berdarah dilakukan oleh tentera. Tujuh orang awam terbunuh dan lebih 140 cedera semasa tunjuk perasaan pada hari itu.