Ramona Zamzam
Ramona Zamzam | |
|---|---|
رامونا زمزم | |
| Kelahiran | Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam 25 Jun 1990 |
| Nama lain | Ramona Zamzam Alashkar |
| Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan |
| Pusat pendidikan | Kolej SEGI |
| Pekerjaan | Pelakon, Model, Pengacara |
| Tahun aktif | 2002–kini |
| Pasangan | Rami Alashkar (k. 2015) |
| Anak-anak | 1 |
Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2004 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006. Beliau ialah salah seorang daripada dua Ramona yang aktif di industri seni hiburan Malaysia, seorang lagi ialah Ramona Rahman.