Ralph Gonsalves

Tuan Yang Terutama
Ralph Gonsalves
Ralph Gonsalves pada 2016
Menyandang jawatan
28 Mac 2001
RajaElizabeth II
Charles III
Gabenor AgungCharles Antrobus
Monica Dacon (Pemangku)
Frederick Ballantyne
Susan Dougan
TimbalanLouis Straker (2015–2020)
Montgomery Daniel (2020–kini)
Didahului olehArnhim Eustace
Ketua Unity Labour Party
Menyandang jawatan
6 Disember 1998
Didahului olehVincent Beache
Pengerusi Caribbean Community
Dalam jawatan
3 Julai 2020 – 1 Januari 2021
Secretary-GeneralIrwin LaRocque
Didahului olehMia Mottley
Digantikan olehKeith Rowley
Ahli Parlimen North Central Windward
Menyandang jawatan
1994
Maklumat peribadi
Lahir (1946-08-08) 8 Ogos 1946
Colonarie, Saint Vincent]], British Windward Islands
Parti politikUnity Labour Party
PasanganEloise Harris
Tempat belajarUniversity of the West Indies
University of Manchester
Inns of Court School of Law

Ralph Everard Gonsalves (lahir 8 Ogos 1946) adalah ahli politik Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Beliau adalah Perdana Menteri negara tersebut selaku ketua parti Unity Labour Party (ULP).

Gonsalves adalah ketua kerajaan St. Vincent and the Grenadines yang paling lama berkhidmat sejak negara tersebut mencapai kemerdekaan pada 1979. Beliau menjadi Perdana Menteri partinya memenangi undian majoriti untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum St Vincent pada 2001 lalu. Beliau adalah Perdana Menteri pertama dari parti baharu ULP, berikutan penggabungan Saint Vincent and the Grenadines Labour Party dan Movement for National Unity.

Gonsalves adalah Ahli Parlimen North Central Windward sejak 1994. Pada 1994, semasa pembentukan Unity Labour Party beliau menjadi Timbalan Ketua, dan menjadi ketua parti tersebut pada 1998.

Semasa Gonsalves menjadi ketua, ULP memenangi undian popular pada setiap pilihan raya umum bermula 1998 hingga 2015, walaupun ia gagal mempertahankan kedudukan majoriti pada pilih raya umum 1998. Pada 2020, ULP memenangi pilihan raya umum, tetapi tidak memenangi undi popular. Pada 7 November 2020, Gonsalves telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri untuk penggal kelima.