Raja Hudang bin Sultan Umar

RAJA UDANG IBNI ALMARHUM RAJA OMAR (SULTAN OMAR).

Nama asal baginda adalah Raja Ngah yang dikenali juga dengan panggilan Tok Raja Udang dan Raja Merah kerana mengikut perceritaan wajahnya menjadi merah seperti udang apabila memarahi seseorang. Baginda adalah anak saudara kepada Raja Bahar/Raja Bakar/Raja Bakal (Raja Hud Din) ibni almarhum Raja Sakti 1 (Raja Vijaya Indera @ Long Betong) iaitu Raja Jembal 1.

Baginda Raja Udang/Raja Ngah/Raja Merah adalah anaknda Raja Omar/Raja Ekok (Sultan Omar) yang telah dilantik oleh ayahnda baginda bagi memerintah di "Tebing Tinggi Pusaran Buih" yang kini dikenali sebagai Tanjung Chat Kota Bharu bagi mempertahankan dari serangan musuh. Baginda Raja Udang/Raja Ngah/Raja Merah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kelochor, Kota Bharu yang mana kini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Raja Udang.