Raja Azura


Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin
Kelahiran
Raja Hajah Azura binti Tengku Haji Ahmad Tajudin

(1972-08-18) 18 Ogos 1972
WarganegaraMalaysia
Nama lainKak Engku, K.E
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, penyanyi, penghibur, penyampai radio
Tahun aktif1990–kini
PasanganAdzmin Osman (k. 2001; c. 2010)
Anak-anak
  1. Megat Muhammad Raziq Adzmin (Anak Pertama)
  2. Megat Luqman Hakim Adzmin (Anak Kedua)
  3. Puteri Mia Maizura Adzmin (Anak Bongsu)
IbuRaja Hajah Saleha Raja Yusof
BapaTengku Haji Ahmad Tajudin Raja Said

Yang Mulia Raja Hajah Azura binti Tengku Haji Ahmad Tajudin (lahir 18 Ogos 1972) yang lebih dikenali sebagai Raja Azura atau Kak Engku (K.E) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penghibur dan penyampai radio yang terkenal di Malaysia. Selain itu, beliau juga tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah Jenama Asia anjuran majalah antarabangsa Reader's Digest menerusi kategori Penyampai Radio Paling Dipercayai 2 kali berturut-turut pada tahun 2016 dan 2020. Disamping itu, Kak Engku pernah menjulang trofi Pengacara TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 2 kali manakala bagi trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH pula sebanyak sekali.