Rahman Shaari
Rahman Shaari DPSJ, SSP (Perlis) | |
|---|---|
| Kelahiran | 5 September 1949 Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis |
| Warganegara | Malaysia |
| Terkenal kerana | memperkenalkan Teori Anjakan Makna di Malaysia |
| Anugerah | Sasterawan Negara Malaysia (2022) Anugerah Penulis Asia Tenggara (2007) |
Sasterawan Negara Dato' Rahman Shaari (lahir 5 September 1949) ialah seorang ahli akademik yang banyak menulis pelbagai buku dan rencana di Malaysia. Beliau menekuni semua genre sastera, termasuklah puisi, drama, cerpen, novel dan kritikan sastera. Beliau anak kelahiran Kampung Gial di Mata Ayer, Perlis serta bersekolah di Sekolah Sultan Alam Shah Cheras. Beliau telah dipilih sebagai Sasterawan Negara Malaysia yang ke-15.