Radikel
Radikel (pinjaman bahasa Inggeris: radicle; Jawi: راديکل) ialah bahagian pertama dari anak benih (embrio tumbuhan yang tumbuh) yang muncul dari biji benih semasa proses percambahan. Radikel adalah bahagian embrio yang akan berkembang menjadi akar utama, dan akan tumbuh di dalam tanah.