R.S.C. Anderlecht
| Nama penuh | Royal Sporting Club Anderlecht | |||
|---|---|---|---|---|
| Gelaran | "Purple & White", "Sporting" (Belanda: Paars-wit; Perancis: Les Mauves et Blancs) | |||
| Diasaskan | 27 Mei 1908 (ditubuhkan) 1909 (pendaftaran) | |||
| Stadium | Stadium Constant Vanden Stock Anderlecht, Brussels (Kapasiti: 28,063 (21,845 untuk perlawanan Eropah)) | |||
| Pengerusi | Roger Vanden Stock | |||
| Pengurus | Besnik Hasi | |||
| Liga | Liga Pro Belgium | |||
| 2018/19 | Liga Pro Belgium, 6th | |||
| Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
| Musim semasa | ||||
Royal Sporting Club Anderlecht, ataupun dikenali sebagai Anderlecht (Sebutan Belanda: [ˈɑndərˌlɛçt], Sebutan bahasa Perancis: [ɑ̃dəʁˈlɛkt], bahasa Jerman: [ˈandɐˌlɛçt]) atau RSCA (Sebutan Belanda: [ˌɛrɛseˈjaː], Sebutan bahasa Perancis: [ˌɛʁ ɛs se ˈɑ], bahasa Jerman: [ˌʔɛɐ̯ ʔɛs tseː ˈʔaː]), merupakan kelab bola sepak Belgium yang berpangkalan di Anderlecht. Kelab ini bermain di Liga Pro Belgium dan menjadi kelab berjaya Belgium di Eropah dengan memenangi kejohanan Eropah (dengan 3 trofi) dan Liga Pro Belgium (33 kali). Anderlecht juga memenangi 9 kali Piala Belgium.
Kelab ini telah diasaskan pada 1908, dengan bermain di peringkat tertinggi Belgium, Divisyen Pertama Belgium pada musim 1921-22. Anderlecht memenangi trofi liga itu selepas Perang Dunia Kedua. Anderlecht berkedudukan ke-41 dalam kedudukan kelab UEFA pada tahun 2012. Pada 1986, Anderlecht kedudukan nombor pertama dalam UEFA bersama Juventus
Anderlecht bermain di Astrid Park di Anderlecht sejak 1917. Stadium terkini, Stadium Constant Vanden Stock telah dibuka pada tahun 1983 dan menggantikan stadium lama, Stadium Emile Versé.