R. Arumugam

R. Arumugam
Maklumat peribadi
Nama penuh Arumugam a/l Rengasamy
Tarikh lahir (1953-01-31)31 Januari 1953
Tempat lahir Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia
Tarikh kematian 18 Disember 1988(1988-12-18) (umur 35)
Tempat kematian Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Posisi permainan Penjaga Gol
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1971-1988 Selangor FA 394 (2)
Pasukan kebangsaan
1973-1986 Malaysia 196 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Januari 2007
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "nickname"

Datuk R. Arumugam, PJN, AMN; (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia sebanyak sembilan kali.