Rørdal
Røldal | |
|---|---|
Perkampungan | |
Perkampungan Røldal dan Røldalsvatnet di latar belakang | |
| Negara | Norway |
| Rantau | Norway Barat |
| WIlayah | Hordaland |
| Daerah | Hardanger |
| Perbandaran | Odda |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 0.66 km2 (0.25 batu persegi) |
| Aras | 414 m (1,358 ft) |
| Penduduk (2013) | |
| • Jumlah | 359 |
| • Kepadatan | 544/km2 (1,410/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+01:00 (CET) |
| • Musim panas (DST) | UTC+02:00 (CEST) |
| Poskod | 5760 Røldal |
| Iklim | Dfc |
Rørdal merupakan sebuah kampung yang terletak di perbandaran Odda dalam wilayah Hordaland, Norway. Perkampungan ini terletak lembah Røldal sepanjang sungai Storelva di sebelah utara tasik Røldalsvatnet. Røldal terletak kira-kira 35 kilometer tenggara dari bandar Odda. Røldal dahulu sebahagian daripada perbandaran bebas Røldal dari tahun 1838 hingga 1964 apabila ia menjadi sebahagian daripada perbandaran Odda. Gereja kayu Røldal dari abad ke-13 terletak di sini.
Perkampungan ini terletak di simpang lebuh raya E134 Eropah dan Jalan Negara 13 Norway. Lebuh raya E134 melalui jalan bersejarah yang menghubungkan Norway Timur dan Barat, menembusi Røldal. Ia terletak berdekatan sempadan tiga wilayah: Hordaland, Rogaland (di selatan), dan Telemark (di timur). Perkampungan ini berkeluasan 0.66 km2 dan mempunyai bilangan penduduk sebanyak 359 pada tahun 2013, memberi kepadatan penduduk sebanyak 544 setiap kilometer persegi.