Qutub Minar
| Qutb Minar | |
|---|---|
| Koordinat | 28°31′28″N 77°11′07″E / 28.524355°N 77.185248°E |
| Tinggi | 72.5 meter (238 ka) |
| Jenis | Budaya |
| Kriteria | 4 |
| Direka bentuk pada | 1993 (Sesi ke-17) |
| No. Rujukan | 233 |
| Country | India |
| Benua | Asia |
| Construction | mula pada 1199 oleh Qutb-ud-din Aibak / dihabiskan 1220 oleh Iltutmish |
Lokasi Qutb Minar di India | |
Qutub Minar (bahasa Hindi : क़ुतुब मीनार bahasa Urdu: قطب منار) ialah menara utama terletak di dalam kompleks lebih besar di kawasan Mehrauli selatan New Delhi, India. Ia menara berasaskan bata tertinggi di dunia dengan ketinggian mencecah 72.5m (237.8 kaki) dengan 379 anak tangga menuju ke puncak; binaan ini meruncing dari bahagian tapak ialah 14.3m manakala lantai teratas berdiameter 2.75m di puncaknya.
Ia merupakan contoh seni bina India-Islam yang penting dalam sejarah India. Keseluruhan Qutub Minar dan monumen-monumen sekelilingnya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tingkat pertama ia pernah dibuka kepada orang ramai sejak 1976. Namun, ia mengundang banyak kes kemalangan dan pembunuhan diri, lagi-lagi dengan suatu insiden huru-hara akibat kerosakan pencahayaan yang membunuh 41 orang pada 4 Disember 1981. Bahkan, pengawalan kemasukan ke dalam menara ini sangat ketat.