Qumran

'Qumran' (Ibrani: חירבת קומראן) adalah nama moden bagi tanah dari suatu biara di Laut Mati. Letaknya adalah 14.4 km sebelah selatan kota Yerikho. Para ahli beranggapan bahawa Qumran adalah tempat tinggal kaum Eseni dan sekaligus juga menjadi pusat aktiviti para kaum Eseni di pesisir Laut Mati. Para ahli-ahli purbakala pun menggali kawasan itu. Para penggali itu mendapati meja-meja kapur di Qumran, yang diyakini bahawa di atas meja-meja inilah Gulungan Laut Mati ditulis, disalin dari generasi ke generasi oleh para juru tulis biara. gulungan-gulungan tersebut pertama kalinya ditemui pada tahun 1947 dan gulungan-gulungan lain ditemui selepas itu. meja-meja tersebut ditemui di atas tanah di antara runtuhan yang menggunung bersama robohnya bangunan berlantai dua. Para ahli arkeologi berpendapat bahawa keadaan meja-meja itu sekarang diakibatkan kerana meja-meja itu jatuh dari bilik yang runtuh. bilik itu mereka namakan " Scriptorium" yang artinya "bilik untuk menulis". Penduduk yang tinggal di sana ternyata merupakan suatu persekutuan dari pertengahan abad kedua sebelum Masehi. Mereka tinggal di kawasan tersebut sehingga kawasan itu direbut oleh pasukan Rom dalam perang Yahudi-Rom Pertama pada tahun 66-70 Masehi.