Quipu
Quipu atau khipu ialah peranti maklumat berasaskan tali digunakan pada zaman Empayar Inca dan masyarakat sebelumnya di kawasan pergunungan Andes benua Amerika Selatan. Tali-tali kapas atau bulu haiwan ― baik dari bulu llama atau alpaca ― ini bersimpulan (yang memberi nama kepada alat ini dari bahasa Quechua bererti "simpulan, sambungan, ikatan") di mana setiap simpulan ini boleh mengandungi nilai termasuk dalam bentuk angka yang boleh dikodkan dengan simpulan dalam sistem kedudukan asas sepuluh; serantai quipu ini boleh mencecah sehingga 2000 utas menjuntai.