Bandar Raya Quebec

Bandar Raya Quebec
Ville de Québec (Perancis)
Ibu kota provinsi
Ville de Québec
Logo rasmi Bandar Raya Quebec
Nama panggilan: "La Vieille Capitale"
Cogan kata: Don de Dieu ferai valoir
("I shall put God's gift to good use"; the Don de Dieu was Champlain's ship)
Peta Bandar Raya Quebec
Bandar Raya Quebec
Lokasi Bandar Raya Quebec di Kanada
Bandar Raya Quebec
Bandar Raya Quebec (Kanada)
Koordinat: 46°48′50″N 71°12′29″W / 46.81389°N 71.20806°W / 46.81389; -71.20806
NegaraKanada
ProvinsiQuebec
KawasanCapitale-Nationale
Komuniti metropolitanCommunauté métropolitaine de Québec
GabunganGabungan Bandar Raya Quebec
Negara bersejarahKerajaan Perancis
Kerajaan Britain
Mula diduduki11 Oktober 1535,
oleh Jacques Cartier
Diasakan pada3 July 1608,
oleh Samuel de Champlain
Dibentuk pada1 Januari 2002
Diperbadankan pada1832
Wilayah perbandaran/
Borough
Senarai
  • Beauport
  • Charlesbourg
  • La Cité-Limoilou
  • La Haute-Saint-Charles
  • Les Rivières
  • Sainte-Foy–Sillery–Cap-Rouge
Pentadbiran
 • JenisMajlis Bandar Raya Quebec
 • Datuk bandarRégis Labeaume
 • Menteri
Senarai menteri
 • Ahli Majlis Negara
Senarai
Keluasan
 • Ibu kota provinsi485.77 km2 (187.56 batu persegi)
 • Tanah453.38 km2 (175.05 batu persegi)
 • Bandar
427.66 km2 (165.12 batu persegi)
 • Metro
3,408.70 km2 (1,316.11 batu persegi)
Aras
98 m (322 ft)
Penduduk
 (2016)
 • Ibu kota provinsi531,902 (ke−11)
 • Kepadatan1,173.2/km2 (3,039/batu persegi)
 • Bandar
705,103
 • Kepadatan bandar1,648.7/km2 (4,270/batu persegi)
 • Metro
800,296 (ke−7)
 • Kepadatan metro234.8/km2 (608/batu persegi)
 • Pop 2011–2016
3.0%
Zon waktuUTC−05:00 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC−04:00 (EDT)
Poskod
G1A hingga G2N
Kod-kod kawasan
  • 418
  • 581
  • 367
Laman sesawangwww.ville.quebec.qc.ca/en/

Quebec (/kwɪˈbɛk/ ( dengar) atau /kəˈbɛk/; Perancis: Ville de Québec, Abnaki Barat: Kephek), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Perancis: Ville de Québec) ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 bt) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai 491,142 penduduk, manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.

Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.

Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.