Pemodulatan amplitud kuadratur

Pemodulatan amplitud kuadratur (bahasa Inggeris: Quadrature amplitude modulation, QAM) adalah sebuah skema pemodulatan yang menyampaikan data dengan mengubah (memodulat) amplitud bagi dua gelombang pembawa. Kedua-dua gelombang yang biasanya berbentuk sinus ini adalah tak sefasa antara satu sama lain sebanyak 90°, dan oleh yang demikian dinamakan pembawa kuadratur (kesukuan).