Ular sawa batik
| Ular sawa batik | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Subfilum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Suborder: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | P. reticulatus
|
| Nama binomial | |
| Python reticulatus (Schneider, 1801)
| |
| Sinonim | |
Ular sawa batik (Malayopython reticulatus sin. Python reticulatus), juga dikenali sebagai ular sawa rendam, ialah satu spesies ular sawa yang ditemui di Asia Tenggara. Yang dewasa boleh tumbuh mencecah 6.95 m (22.8 ka) panjangnya tetapi lazimnya tumbuh hingga purata 3–6 m (10–20 kaki). Inilah spesies ular dan reptilia yang terpanjang di dunia, tetapi bukanlah yang paling besar badan. Seperti semua ular sawa, ular sawa rendam merupakan penjerut dan biasanya tidak dianggap berbahaya kepada manusia. Walaupun spesimen besar cukup kuat untuk membunuh manusia dewasa, namun serangan terhadap manusia agak jarang.
Nama spesifiknya, reticulatus, dalam bahasa Latin bermaksud "seakan jaring", atau berselirat, dan memaksudkan corak warnanya yang kompleks.