Puteri Saadong

Puteri Saadong atau Ratu Saadong adalah gelaran (memerintah antara tahun 1667–1671), merupakan Raja/Sultan wanita ketiga dan terakhir bagi negeri Kelantan. Nama penuh Baginda Puteri Saadong ialah Tuanku Permaisuri Puteri Saadong atau Raja Sa'adah Puteri Mariam binti Raja Loyor binti Raja Sakti I; juga memakai gelaran Puteri Vijaya Mala, Raja Jembal; merupakan anak perempuan Raja Loyor bin Raja Sakti, Raja Kelantan daripada dinasti/wangsa Jembal.