Pussycat Dolls

Pussycat Dolls adalah penyanyi wanita berkumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat. Kumpulan ini diasaskan oleh seorang koreografer terkenal, Robin Antin. Mula diasaskan pada 1995 sebagai kumpulan rombongan penari yang kemudian tercetusnya idea untuk menubuhkan mereka sebagai kumpulan penyanyi dan penari pada tahun 2002. Ahli Pussycat Dolls terdiri daripada Nicole Scherzinger sebagai vokalis utama dan ketua kumpulan ini, Melody Thorton dan Carmit Bachar sebagai vokalis kedua serta Jessica Sutta, Ashley Roberts dan Kimberly Wyatt sebagai penari latar. Kumpulan muzik ini mula dikenali dengan single debut mereka, Sway dimana lagu ini dijadikan runut bunyi filem Shall We Dance?. Selang setahun kemudian, pada tahun 2005 dengan lagu Beep dan Buttons maka bermulalah populariti mereka dan terkenal di serata dunia. Mereka telah pun mengeluarkan album pertama mereka pada tahun 2005 berjudul PCD. Pada tahun 2008, mereka mengeluarkan album kedua mereka yang diberi tajuk Doll Domination dengan single hits mereka seperti When I Grow Up, Hush Hush, Jai Ho, Bottle Pop dan banyak lagi.

Pussycat Dolls
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
PCD
AsalLos Angeles , Amerika Syarikat
GenrePop tarianR&B kontemporaripop
Tahun aktif2003–2021
DiskografiLihat: The Pussycat Dolls discography (en)
Syarikat rakamanPolydor
Universal Music Group
A&M Records
Interscope Records
First Access Entertainment (en)
Kegiatan berkaitanGirlicious, Ne-Yo, New Kids On The Block, Eden's Crush, Paradiso Girls
AnggotaNicole Scherzinger
Jessica Sutta
Kimberly Wyatt
Ashley Roberts
Carmit Bachar
Pautan berkaitan
Tapak sesawangpcdmusic.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Pada awal tahun 2008, sebelum terbitnya album kedua mereka, Doll Domination, Carmit Bachar telah meninggalkan kumpulan ini berikutan beliau ingin menjayakan karier solonya. Namun pada sekitar tahun 2012, Ashley Roberts juga telah menyusul Carmit dengan meninggalkan kumpulan tersebut yang kemudian diikuti oleh Jessica Sutta dan Kimberly Wyatt sehingga tersisa dua lagi ahli iaitu Nicole Scherzinger dan Melody Thorton. Kumpulan ini kemudian dibubarkan. Pada 2020, kesemua mereka mengumumkan bakal membuat kemunculan semula dengan sebuah lagu baru React. Namun kali ini mereka bersatu secara berlima tanpa kelibat Melody Thorton.