Pusat PERMATApintar Negara
| Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM | |
|---|---|
| Alamat | |
Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM Lokasi di Malaysia | |
| Pusat PERMATA@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, 43600, Selangor Malaysia | |
| Koordinat | 2°55′02″N 101°47′17″E / 02.917306°N 101.788167°E |
| Maklumat | |
| Nama lain | Kolej PERMATA@Pintar, UKM |
| Jenis | Sekolah piagam, Sekolah berbakat, Sekolah berasrama penuh |
| Moto | Teroka, Cipta dan Bitara |
| Ditubuhkan | 3 April 2009 |
| Dibuka | Januari, 2011 |
| Kod sekolah | BEA4001 (KPM) 686341 (College Board) |
| Pengarah | Prof. Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak |
| Gred | Asas 1 – Asas 3 Tahap 1 – Tahap 2 |
| Jantina | Bercampur |
| Kemasukan | 1821 pelajar (setakat November 2024) |
| Bahasa pengantar | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
| Saiz kampus | 22 hektar |
| Warna | Maroon |
| Pasukan | PERMATA FC (Bola Sepak Kampus Seremban) |
| Pentauliahan | Kementerian Pendidikan Malaysia College Board |
| Akhbar | Bitara News |
| Laman sesawang | www |
Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, yang lebih dikenali sebagai Kolej PERMATA@Pintar, UKM, adalah sesebuah program yang dikhaskan untuk pelajar pintar dan berbakat, dan sebuah sekolah menengah untuk pelajar berusia 12 - 17 tahun di Malaysia. Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, ditubuhkan pada 3 April, 2009.
Tujuan Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM, ditubuhkan adalah untuk membendung masalah 'brain drain'; selain itu, PERMATA@Pintar juga ditubuh untuk mengenalpasti pelajar yang pintar dan berbakat dari bidang akademik, di seluruh Malaysia, dan memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bakat mereka. Pada masa sekarang, Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM menawarkan tiga program: Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS), yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar berumur 9 - 15 tahun; Kolej PERMATA@Pintar, UKM, yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang melepasi UKM3 dan berumur 12 - 17 tahun; dan Program ASASIpintar, yang ditawarkan sebagai program pra-universiti.