Pusat Asasi Sains (Universiti Malaya)
Pusat Asasi Sains telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Peruntukan Seksyen 18 Perlembagaan Universiti Malaya yang merupakan satu program pengajian Pra Universiti atau Matrikulasi. Perancangan program pengajian akademik di Pusat Asasi Sains meliputi bidang Sains dan Matematik yang bertujuan untuk melengkapkan pelajar bumiputera dengan pengetahuan asas sains yang kukuh bagi menyediakan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA.