Puntianak
| Alam Ghaib | |
|---|---|
| Pontianak | |
| Alam | Alam Ghaib |
| Berbentuk fizikal | Ya |
| Mampu berubah bentuk | Tidak |
| Mampu menyerupai manusia | Bentuk asal menyerupai manusia |
| Menghisap darah | Ya |
| Dipelihara | Tidak |
| Bermasyarakat | Tidak |
| Gambaran | |
| Sejenis makhluk halus penghisap darah
berbentuk wanita. | |
Puntianak, pontianak (Jawi: ڤونتيانق ) atau kuntilanak (Jawi: كونتيلانق ), ialah sejenis makhluk ghaib dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Ejaan awalnya adalah pontianak, lihat gambar poster filem Anak Pontianak di atas, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah.