Referendum perlembagaan Mesir 2012

Satu pungutan suara perlembagaan diadakan di Mesir secara bertahap pada 15 dan 22 Disember 2012. Dalam pungutan suara ini, para pengundi ditanya sama ada mereka bersetuju atau tidak terhadap perlembagaan baharu yang digubal oleh Majlis Perlembagaan pada 30 November.

Keputusan awal pada 23 Disember mendapati bahawa hanya 32.9% pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dan perlembagaan baharu diterima dengan sokongan 63.8% setelah dicampur keputusan kedua-dua pusingan.