Punch (minuman)

Istilah punch merujuk kepada pelbagai jenis minuman, baik alkohol dan bukan alkohol, yang biasanya mengandungi buah atau jus buah. Minuman ini diperkenalkan dari India ke United Kingdom pada awal abad ketujuh belas, dan dari situ penggunaannya menyebar ke negara-negara lain. Punch biasanya disajikan di pesta dalam mangkuk besar dan lebar, yang dikenali sebagai mangkuk punch. Minuman punch juga dikenali sebagai minuman campur atau mincam dalam bahasa Melayu.