Puncak menara
Puncak menara atau tongkop ialah struktur tinggi yang runcing tajam di atas bumbung bangunan atau menara, khususnya di kemuncak menara gereja. Tongkop boleh mempunyai pelan segi empat, bulatan, atau poligon, dengan bentuk kerucut atau limas secara kasar. Tongkop biasanya diperbuat daripada kerja batu atau binaan bata, ataupun struktur balak dengan salutan logam, jubin seramik, sirap atap, atau sabak di bahagian luar.