Pulau Melaka, Melaka
Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang terletak kira-kira 0.5 km dari pantai ibu negeri Melaka, Bandaraya Melaka di Malaysia, di sebelah selatan kawasan perniagaannya Melaka Raya. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini masih belum dibuka kerana masih dalam projek pembinaan. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya dan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.