Pulanglah Perantau

Pulanglah Perantau
Album studio oleh
Dilancarkan pada2000 (2000)
TempatMalaysia
BahasaBahasa Melayu Malaysia
SyarikatEMI (mul)
Kronologi Aishah
Tiada Akhirnya
(1998)
Pulanglah Perantau
(2000)
Kurnia
(2006)
sunting · sunting di Wikidata

Pulanglah Perantau merupakan sebuah album studio kelapan nyanyian penyanyi popular Malaysia, Aishah yang diterbitkan pada tahun 2000. Album ini turut tercalon untuk Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album di Anugerah Industri Muzik ke-8 pada tahun 2001

Album ini pada mulanya dirancang untuk diterbitkan pada 1999, tetapi ia tertangguh selama setahun pengedarannya dan hanya dapat diedarkan pada tahun 2000. S Atan dikatakan telah membuat beberapa ubahsuai muzik kerana penghasilan muziknya sebelum ini tidak memenuhi piawaian. Ini menjadikan berlakukanya peningkatan kos, menyebabkan ia dikatakan paling mahal dalam sejarah penerbitan album hari raya akibat pengubahsuai muzik itu.

Album ini memuatkan 2 lagu raya baru 'Pulanglah Perantau' dan 'Senandung Lebaran', manakala lagu-lagu raya lainnya adalah rakaman semula lagu raya malar segar dan sebagai pelengkap album ini, 2 buah lagu yang pernah dipopularkan Uji Rashid dan Saloma, yang diambil dari album Aishah sebelumnya diselitkan. Pemilihan lagu dalam album ini juga hampir sama dengan album raya 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf' Sharifah Aini (tahun edaran 1999) yang juga ditangani oleh S Atan. Malah, walaupun 'Senandung Lebaran' merupakan lagu asal Aishah tetapi peminat lagu raya berpeluang mendengar versi Sharifah Aini terlebih dahulu.